Thursday, December 15, 2011

Siwak


  • Bersiwak atau atau menggosok gigi sangat digalakkan dalam setiap perkara, Kecuali  selepas matahari tergelincir atau selepas masuk waktu zohor bagi mereka yang berpuasa.Adapun yang sedemikian, bersiwak sangatlah digalakkan dalam 3 perkara iaitu :-
  1. Ketika mulut berubah bau.
  2. Selepas bangun tidur.
  3. Ketika hendak melakukan solat.

Wednesday, December 14, 2011

Fardhu wuduk ada 6 perkara.


  1. Niat.
  2. Membasuh muka (Dari tumbuhnya anak rambut hingga anak telinga hingga tumbuhnya janggut).
  3. Membasuh kedua belah tangan hingga kesiku.
  4. Membasuh sebahagian kepala.
  5. Membasuh kedua belah kakli hingga ke buku lali.
  6. tertib

7 jenis air terbahagi kepada 4 bahagian.


  1. Air suci dan mensucikan serta tidak makhruh digunakan iaitu "AIR MUTLAK" - Air yg tidak berubah dari segi warna dan bau.
  2. Air suci dan mensucikan tetapi makhur digunakan iaitu air yang terkena panas matahari.
  3. Air suci dan tidak mensucikan yang lain iaitu "AIR MUSTAKMAL" dan air yang tercampur benda suci lain.
  4. Air najis iaitu air yang tercampur dengan benda najis dan air tersebut kurang dari dua kulah.

  • Mutanajis bermaksud : benda suci yang terkena najis
  • Air mustakmal bermaksud : air yang tercampur dengan air yang telah digunakan

Air yang boleh mensucikan itu ada 7 jenis


  1. Air hujan
  2. Air laut.
  3. Air sungai.
  4. Air perigi.
  5. Air mata air.
  6. Salji.
  7. Embun.